Wednesday 7 March 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25

6 Mac 2012 - Selasa
Mesyuarat Agung PIBG Sk Matang kali ke-25 telah diadakan bertempat di Dewan Sri Matang. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Ruslan. Kemudian diikuti dengan ucapan oleh Yang dipertua PIBG Sk Matang, Che Wan Ismail bin Sulaiman dan ucapan oleh Pn Khatijah Abu Bakar, Guru Besar Sk Matang. Seterusnya majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Selepas perasmian, Mesyuarat Agung PIBG dimulakan. Majlis turut dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah.

Thursday 1 March 2012

Sekapur Sireh

Assalamualaikum....

Selamat Datang ke blog SK Matang, Hulu Terengganu. Alhamdulillah... Diharap kelahiran blog ini dapat menjadi medan perkongsian ilmu, informasi dan idea antara warga Sk Matang dengan masyarakat luar.