Friday 13 April 2012

TAHNIAH!!!

TAHNIAH diucapkan kepada kumpulan 'Action Song' dan adik Mohd Fauzan B. Emran (peserta 'Public Speaking') kerana telah menjadi Johan dalam pertandingan 'Action Song' dan 'Public Speaking' pada program Karnival Bahasa Inggeris bagi peringkat daerah yang diadakan di Sk Landas pada 8 April baru-baru ini. Peserta dari Sk Matang ini akan mewakili daerah untuk ke peringkat negeri yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.

Seterusnya, TAHNIAH juga diucapkan kepada adik Ahmad Azri B. Razi kerana telah menjadi Johan dalam pertandingan Tilawah Al-Quran bagi peringkat daerah yang telah diadakan pada 09 April 2012 baru-baru ini.


Saturday 7 April 2012

AKTIVITI KO-AKADEMIK BAHASA INGGERIS ZON KDSR 4

04 April 2012 - Rabu
Aktiviti Ko-Akademik Bahasa Inggeris bagi Zon KDSR 4 telah diadakan bertempat di Sk Matang. Aktiviti yang bermula pada jam 11.00 pg merangkumi 3 pertandingan iaitu pertandingan 'Action Song', 'Story Telling' dan 'Public Speaking'. Pertandingan 'Action Song' berlangsung di Dewan Sri Matang manakala 'Story Telling' dan 'Public Speaking' masing-masing berlangsung di Perpustakaan dan di Pusat Akses. Ketiga-tiga pertandingan tersebut berlangsung serentak.

KARNIVAL BAHASA MELAYU

21 Mac 2012 - Rabu
Bertempat di Sk Matang, telah diadakan Karnival Bahasa Melayu peringkat Daerah Hulu Terengganu. Terdapat 3 aktiviti yang telah dijalankan iaitu pertandingan Pidato, pertandingan Bercerita Tahap 1 dan pertandingan Bercerita Tahap 2. Para perserta merupakan johan dan naib johan bagi 3 pertandingan tersebut di peringat zon masing-masing. 

Friday 6 April 2012

AKTIVITI KO-AKADEMIK BAHASA MELAYU ZON KDSR 4

Tarikh   :19 March 2012 (Isnin)
Masa     : 2.30 Ptg
Aktiviti :-
  • Pertandingan Bercerita Tahap 1
  • Pertandingan Bercerita Tahap 2
  • Pertandingan Pidato            
PIDATO - DI DEWAN SRI MATANG