Friday 13 April 2012

TAHNIAH!!!

TAHNIAH diucapkan kepada kumpulan 'Action Song' dan adik Mohd Fauzan B. Emran (peserta 'Public Speaking') kerana telah menjadi Johan dalam pertandingan 'Action Song' dan 'Public Speaking' pada program Karnival Bahasa Inggeris bagi peringkat daerah yang diadakan di Sk Landas pada 8 April baru-baru ini. Peserta dari Sk Matang ini akan mewakili daerah untuk ke peringkat negeri yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.

Seterusnya, TAHNIAH juga diucapkan kepada adik Ahmad Azri B. Razi kerana telah menjadi Johan dalam pertandingan Tilawah Al-Quran bagi peringkat daerah yang telah diadakan pada 09 April 2012 baru-baru ini.




TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada guru-guru pembimbing dan semua warga Sk Matang yang menjadi pendorong utama kepada kejayaan ini. Tidak dilupakan ibubapa yang tidak jemu-jemu memberi galakan dan dorongan kepada anak-anak mereka. Terima kasih semua.

Selamat Maju Jaya untuk peringkat seterusnya... SKM BOLEH!!!

No comments:

Post a Comment